Thursday, October 28, 2010

...bunga hutan berwarna jingga...

Satu lagi hari khamis…mcm biasa. Tapi pagi ni nampak bunga hutan warna jingga masa on the way ke opis… ‘waaa…dah musim dia ke?’.  Setiap tahun, akan ada satu musim bunga warna jingga kat tepi2 hutan Bukit Bauk. Bunga ni tumbuh berkelompok & bila berbunga, nmpk cantik sgt sbb slama ni hutan tu Cuma warna hijau…bila ada bunga warna jingga ni nmpk berseri & menyerlah. Rasanya bunga ni pokok menumpang kot sbb nmpk bunganya smpai ke pucuk pokok yg besar2…& ada sesetengahnya merimbun atas belukar. Walaupun dia menumpang, tp pokok yg dia tumpang tu nmpk tak terjejas pun. Hmmm…bagus…bagus…menumpang, tapi tak menyusahkan.
Kita manusia pun kena mcm tu jgk. Kalau kita menumpang @ mtk tolong ngan org lain, jgn smpai menyusahkan. Jgn mcm sstgh org, dahla menumpang, menyusahkan plk org tu. Kalau dlm istilah pokok, kita panggil pokok parasit, menumpang tapi ambik sumer zat pokok yg ditumpang. Dalam istilah org pun agaknya boleh jgk kita panggil parasit  (ada bangkangan? Hehe…). 
Tapi sayangnya…bunga hutan warna jingga ni dah makin kurang skrg. Kalau tahun2 lps, ada jugak 4-5 tempat pokok bunga ni berkelompok. Tapi pagi td cuma nampak satu tempat jer; di pokok besar yg bunganya sampai ke pucuk tu & ada skt2 merimbun kat bwh pokok. Hmm..nasib kau pokok, ramai kwn2 kau dah kena tebang.
**pesanan utk diri sediri jgk, sbb menumpang member ke opis... ;-)

Thursday, September 23, 2010

jun, julai, ogos, SEPTEMBER!

aaa??? baper? 4 bulan!? 4 bulan tak update blog! huhu...letih sajer adik nini ngajo create blog.  bukan apa, kadang tak de masa (tipu...Allah bagi dah cukup 24 jam sehari), tak de idea nak tulis apa, kdg.....hmmmm...

pagi tadi, masa on the way dtg keje, nampak lagi budak sekolah tu...mmg tiap2 hari akan nampak dia. pakai baju sekolah (sek rendah), bjalan kaki ditemani mak dia (bertudung labuh, baju kurung kedah & kain batik). dua2 berkulit gelap & agak kecil orangnya.  selama nini berulang ke tempat kerja (5 tahun dah!), mmg nampak bdk tu tiap pagi.  dulu budak tu takat pinggang mak dia jer, & mak dia akan tolong bwk beg sekolah.  bila sampai kat pondok kayu tepi jalan tu, budak tu akan baring sambil letak kepala atas riba mak dia (hmm...soooo sweet).  setelah lbh krg 4-5 tahun, sekarang budak tu dah tak tido ats riba mak dia dah, dah besaaaaaarrrr....mungkin dia malu kot, tepi jalan besar plk tu...baru minggu lepas nini nampak, rupanya dia tggu van datang ambik dia kat situ, lps tu baru mak dia balik.

jauh jugak sbenanya rumah budak tu dgn pondok kayu tu...kesian kat mak dia yg dah tua tu, smpai skrg still teman anak dia....sapa tak sayang anak kan?  dari pemerhatian nini, diorang nmpak mcm dr kluarga yg agak susah (tgk dr keadaan baju sklhnya yg agak lusuh).  semoga Allah panjangkan usia mak dia, spy dapat temankan anak dia pagi2  pegi sklh. dan semoga budak tu belajar rajin2 & balas jasa mak dia yg tak letih2 teman anak dia pegi sklh.

***teringin rasanya berchit chat ngan budak tu w'pun skjp, tp apakan daya, nini tumpang orang pegi keje...
***lokasi pondok kayu tu : selepas sekolah rendah batu 7, sebelum bukit bauk, dungun (dari bandar dungun)

Tuesday, June 29, 2010

Sampin Songket Bunga Tabur...Jualan Pengenalan (sempena raya nak dekat ni....)

(A) Sampin Songket Bunga Tabur Tenunan Tangan
  • tenunan tangan, bukan mesin.
  • dijamin warna tak luntur walaupun dah guna 3-4 tahun, berbanding songket tenunan mesin yang mudah luntur, benang mudah patah/rosak (dengan syarat, dijaga & dibasuh dengan teliti)
  • jualan murah sempena pembukaan 'Ninisuriani Collection' (lbh murah berbanding harga di kedai!)
  • corak 'simple'...sesuai utk mereka yang tak suka corak 'crowded'.
  • jualan murah ini hanya berlangsung sebulan dari tarikh posting ini, selepas ini harga 'ada sikit naik'... :D (atau sehingga stok jualan murah habis)
 
SS 01 (sdh dibeli)
warna : maroon + hitam
ukuran : 31" x 83"
RM 85.00
     
      SS 02
      warna : pink lembut + blue black
      ukuran : 31" x 83"
      RM 85.00


      SS 03
      warna : hijau + biru
      ukuran : 31" x 83"
      RM 85.00


      SS 04 (sdh dibeli)
      warna : hijau kepala itik gelap + cerah
      ukuran : 31" x 83"
      RM 85.00



      SS 05
      warna : ungu cerah + ungu gelap
      ukuran : 31" x 83"
      RM 85.00

      (HARGA YANG DINYATAKAN TIDAK TERMASUK BAYARAN POS)



      Berminat? Aaaa...macam ni caranya :-)
      1) Hantar e-mail ke ninisuriani@yahoo.com.my utk menempah sampin mana yg berkenan.
      2) Selepas dapat reply drpd saya, boleh terus bank-in kan ke akaun CIMB 1304 0067 29952 7 (Suriani bt Mohamad).
      3) Selepas bank-in, sila sms kan ke no. 019-944 8641 jumlah bayaran yang dimasukkan beserta tarikh & masa.
      4) Sekiranya stok sedia ada, sila beri masa selama 3 hari bekerja untuk sampin tersebut mula diposkan.

      Tambahan :
      ** Sekiranya anda inginkan sampin anda siap dijahit (blh terus dipakai), sila nyatakan di dalam e-mail & tambahan sebanyak RM 3.00 akan dikenakan.
      ** Sekiranya ada permintaan untuk warna lain, sila beri masa (lbh krg) seminggu untuk pencarian stok.
      ** Untuk menjamin kepuasan pelanggan kami, sebarang barangan yang tidak memenuhi citarasa & kehendak para pelanggan, boleh dihantar balik dengan syarat :

      barang tidak rosak & tidak terdapat kesan pakai,
      maklumkan terus ke ninisuriani@yahoo.com.my @ 019-944 8641 sebaik saja brg sampai,
      bayaran pos ditanggung oleh pembeli,
      pembayaran balik akan terus dilakukan sebaik saja barang sampai ke tangan kami.


      Kami berharap, anda berpuas hati dengan perkhidmatan & barangan kami.
      Sebarang pertanyaan, boleh hantar ke ninisuriani@yahoo.com.my









        Monday, June 21, 2010

        cara betul potong kuku...


        salam...
        mungkin ramai yg dah tau. dan mungkin jugak ramai yg tak tau. apa pun, kepada yg dah tau, anggap aje sbg reminder...kot2 ada yg terlupa...x ingat...'lost track'...hehe...nini pun kdg2 byk kali jgk 'lost track'... welllll, my friends know me...hehe...

        Friday, June 11, 2010

        Bisnes??? Hmmmmm.....

        Aku memang minat nak bisnes. Tapi, takat ni semua tak menjadi. Aku teringat sampai sekarang, ayat yang ustaz sekolah bagi dulu, " tis'ata a'syuri minarrizqi attijaroh " maknanya : sembilan per sepuluh drpd rezeki datangnya dari perniagaan (kalau aku tak silap laaa...).

        Masa study dulu, aku pernah bisnes kek & biskut raya (dapat supply drpd mak sepupu aku), aku buang perasaan malu, aku heret troli yang penuh dengan kek & biskut raya pergi menjaja dari satu bilik ke satu bilik, dari satu blok ke satu blok. Mula-mula aku terpikir, ada ke org nak beli kue aku?  Tapi bila kue aku dah nak dekat habis (& at last mmg abisss punnn..), datang la dia punyer syok menjual. Aku usahakan jgk utk habiskan semua...lepas duit tambang balik kampung 2-3 kali...hehe...

        Ermmm....skang aku tgh pikir, nak bisnes apa ehhh....hmmmm....

        Wednesday, June 9, 2010

        Baru Nak Belajar Merangkak

        9 June 2010
        Orang lain dah ke bulan, aku baru nak bina space ship. Perumpamaan jer tuu...hehe... Semalam aku tanya adik aku cara nak buat blog, malam ni aku try buat. Ermmm...ok lah tu untuk starting, nanti aku nak belajar decorate sket, touch up sini sana, awan larat sket. Dah lama sebenarnya aku nak buat, tp baru berkesempatan...

        'Better late than never'...kan? kan?