Satu lagi hari khamis…mcm biasa. Tapi pagi ni nampak bunga hutan warna jingga masa on the way ke opis… ‘waaa…dah musim dia ke?’. Setiap tahun, akan ada satu musim bunga warna jingga kat tepi2 hutan Bukit Bauk. Bunga ni tumbuh berkelompok & bila berbunga, nmpk cantik sgt sbb slama ni hutan tu Cuma warna hijau…bila ada bunga warna jingga ni nmpk berseri & menyerlah. Rasanya bunga ni pokok menumpang kot sbb nmpk bunganya smpai ke pucuk pokok yg besar2…& ada sesetengahnya merimbun atas belukar. Walaupun dia menumpang, tp pokok yg dia tumpang tu nmpk tak terjejas pun. Hmmm…bagus…bagus…menumpang, tapi tak menyusahkan.
Kita manusia pun kena mcm tu jgk. Kalau kita menumpang @ mtk tolong ngan org lain, jgn smpai menyusahkan. Jgn mcm sstgh org, dahla menumpang, menyusahkan plk org tu. Kalau dlm istilah pokok, kita panggil pokok parasit, menumpang tapi ambik sumer zat pokok yg ditumpang. Dalam istilah org pun agaknya boleh jgk kita panggil parasit (ada bangkangan? Hehe…).
Tapi sayangnya…bunga hutan warna jingga ni dah makin kurang skrg. Kalau tahun2 lps, ada jugak 4-5 tempat pokok bunga ni berkelompok. Tapi pagi td cuma nampak satu tempat jer; di pokok besar yg bunganya sampai ke pucuk tu & ada skt2 merimbun kat bwh pokok. Hmm..nasib kau pokok, ramai kwn2 kau dah kena tebang.
**pesanan utk diri sediri jgk, sbb menumpang member ke opis... ;-)