Saturday, February 16, 2013

APA NAK BUAT BILA SERANGGA MASUK TELINGA
   

    Terutama sekali kepada yang ada anak kecil.
   
    Ada orang cerita tentang satu kejadian yang menimpa anaknya.
   

    Pada satu pagi lebih kurang pukul 4, anak sulung saya terjaga dan menangis mengatakan sakit dalam telinga. Saya cuba meujuk & menenangkan dia. Saya minta nak tengok dalam telinganya. Mula-mula dia tak nak bagi, menangis-nangis tak nak bagi tengok. Mungkin dia terkejut  dan ketakutan sebab sakit.

Kami mula takut dan panik, dan tak tau nak buat apa. Jadi saya menghubungi kakak ipar saya; seorang doktor. Dia menasihatkan kami supaya menuangkan minyak bayi ke dalam telinga anak saya. Selepas saya berjaya menenangkan dan memujuk anak saya, saya pun menuangkan sedikit minyak bayi ke dalam telinganya. Selepas tu barulah dia boleh tidur semula.



Keesokan paginya, anak saya bangun macam biasa & pergi ke sekolah. Saya ingatkan dah takde apa-apa. Tapi bila dia pulang dari sekolah, dia mengatakan yang telinganya tak boleh mendengar dengan jelas. Cepat-cepat saya bawa dia berjumpa pakar ENT.
   
Selepas bercerita serba ringkas kepada doktor tentang kejadian semalam, doktor memasukkan wayar halus yang ada kamera. Sata terkejut bila doktor meminta saya tengok di skrin TV, ada kaki serangga! Doktor cakap itulah puncanya. Kemudian doktor memasukkan satu lagi wayar untuk menyedut keluar serangga tersebut. Doktor itu memberitahu nasib baik saya tak bertangguh menuangkan minyak bayi semalam, kalau tidak serangga tu akan masuk lebih jauh dan ini boleh merosakkan pendengaran anak saya.   

Doktor itu memberitahu, tindakan menuangkan minyak bayi atau minyak masak akan membunuh serangga yang memasuki telinga. Walau bagaimanapun, selepas tu hendaklah cepat-cepat ke klinik atau hospital untuk mengeluarkan serangga tersebut.